Friday, April 29, 2011

DI SINI KITA BERMULA



Assalamulaikum,
Pertama sekali ingin diri ini memanjatkan     kesyukuran kepada Pencipta yang telah membina langit dan bumi yang sungguh hebat ini. Langitnya tanpa tiang manakala bumi pula sebagai hamparan yang mempunyai pelbagai corak merangkumi bentuk gunung-ganang, lautan dan sebagainya yang begitu unik sekali. Dialah yang berhak menghidupkan dan mematikan kemudian menghidupkan semula semua makhluk-Nya ciptaan-Nya pada hari pembalasan nanti. Dialah yang sentiasa menjaga kita walaupun kita sedar atau pun tidak. Jadi memang patutlah untuk kita sentiasa melazimkan diri kita supaya selalu berzikir kepada-Nya. Ketahuilah kamu “Sesungguhnya hatinya akan tenang apabila mengingati Allah S.W.T.

Salam taaruf kepada semua pembaca berkemungkinan kali pertama melayari laman blog yang tidak seberapa ini. Tujuan diri ini membina salah satu wasilah dakwah adalah untuk menyediakan satu medium kepada saudara seislam khususnya golongan remaja bagi berkongsi ilmu yang Insya-Allah menjadi penawar untuk mendidik serta membina kesedaran dalam diri kita semua terhadap tanggungjawab sebagai seorang syabab muslim yang diredhai oleh Allah.

Akhir kata, jika laman ini mempunyai sebarang kesilapan sama ada dari aspek maklumatnya, secara jujurnya bolehlah memberi teguran yang positif. Moga-moga dengan teguran dapatlah kita mengambil pelajaran bersama-sama serta berpeluang menjalinkan ukhuwah Islamiah walaupun hanya tulisan sebagi perantaraan. Wassalam.

No comments:

Post a Comment